Saturday, October 13, 2012

Berlari menuju syurga

sedang aku mencari sinar itu,
bermacam ujian hadir dari pelbagai penjuru,
aku manusia biasa yang punya nafsu, 
itu ini, hati ku mahu.

aku terus berlari, 
kerana semakin berlari,
semakin aku merasakan banyak yang belum ku lalui,
biar pahit perjuangan itu, 
kerna pahitnya perjuangan lah, 
manisnya syurga :)

Kalau bukan diri ini, siapa lagi?

semakin aku berjalan,
semakin banyak mutiara yang kujumpai,
banyak itu bukanlah hanya 2 jumlahnya,
banyak yang terlalu,
sehingga aku menjadi tamak,
mutiara itu aku simpan, 
kerna takut dicuri orang,
aku biar mereka di luar tercari-cari,
tidak kukongsi nikmat mempunyai mutiara,
rupanya aku lah yang rugi,
 kerna di akhirat kelak, 
aku lah yang paling miskin.

“Maka, nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” (55:13)

Kekadang terasa diri ini sangat selfish. Menerima ilmu, dll dengan sangat banyak, tapi tak pernah nak memberi dengan banyaknya. 

Allahurobbi.

Tertunduk malu. Malu pada DIA yang Maha segalanya.