Monday, May 27, 2013

Dua wajah yang dirindui selalu

Moga mak ayah sentiasa dirahmati Allah :)

"Kenapa ayah panggil mak intan? Nama mak kan Kamariah."

"Intan maksudnya intan payung ayah"

Soalku ketika kecil yang kurang lebih begini bunyinya. Dan nama itu tetap dipanggil sehingga sekarang. Mungkin ramai juga yang akan ingat nama mak adalah Intan jika mereka tidak tahu.

Itu resepi kebahagiaan mak ayah. Ayah sentiasa memuji, emak pula sangat pemalu orangnya. Emak pendiam, ayah pula sangat peramah. Ada perbezaan, tetapi ada juga persamaan. Persamaan mereka, sangat sabar melayan kerenah anak yang 8 orang.


Sunday, May 26, 2013

Yaqeen

"Aku takut benda yang sama terjadi kat aku"

"Yakinlah pada Allah"

********

Kenapa takut sedangkan kita ada Allah? Bukan manusia yang menentukan rezeki kita, tapi Allah. Kadang-kadang kita lupa, Allah tu sentiasa akan beri yang paling2 terbaik. Kita manusia biasa, terlalu banyak 'kadang-kadang', dari 'sentiasa'.

Yakinlah dengan sebenar-benar yakin. Haqqul yaqeen.

Friday, May 24, 2013

Bukan sekadar bait

"Bila semua terjaga, the first touch will be the sweetest one". Quoted.

 Ditulis oleh junior, sebagai caption sebuah gambar kahwin yang mana si lelaki sedang sarungkan cincin pada jari perempuan. And itulah kali pertama kulit bersentuhan.

'First touch' yang halal.

Semoga semua orang dapat merasai itu.

Jika, bukan sekarang, nanti. Jika bukan nanti, di 'sana' sudah pasti.

Kuncinya, sabar.

Thursday, May 23, 2013

Perbezaan

Faham guna hati itu berbeza dengan faham guna akal. Kefahaman yang lahir dari hati lebih mudah terkesan dari kefahaman dari akal semata.

Begitu juga anggukan yang dibuat tanpa faham, berbeza dengan anggukan yang dibuat kerana faham.


*(7:179) <---- Baca lah dengan hati.


Tuesday, May 21, 2013

Bestnya rehat! Eh?

"Rehat itu hanya di syurga ukhti. Jalan sangaaaat panjang. Dengan masa yang sangat singkat ni mana mungkin kita masih boleh rehat2"

Biar pipi itu basah kerana DIA.

Tuesday, May 14, 2013

Masa, masa, masa

Setiap orang punya kuantiti masa yang sama, yang membezakan adalah kualiti.

Titik.


*Tak boleh cerita panjang tentang masa. Cukup lah satu ayat tu buat diri ini tersentap.