Friday, June 27, 2014

Sami'na wa ato'na


Lily(makhluk comel) yang sedang menunggu tuannya buka pintu setelah dipanggil oleh tuannya. -WARM 2014-

                       Sepatuh-patuh Lily pada tuannya, patuh lagi Lily pada tuhannya. Kita?



Thursday, June 26, 2014

Friday, June 20, 2014

Erti hidup


"Boleh ajarkan macam mana nak faham erti hidup?"

"Rasa dengan hati. Faham tu akan datang sendiri. Juga rasa dengan memberi, faham itu akan hadir tanpa dipaksa."

*****

Too deep.

Memikirkan 24 tahun yang sudah berlalu, masih berusaha memaknai setiap saat hidup ini. 
Masih cuba memahami hidup ini, bukan sekadar khalifah dan 'abid pada kata. 

Kerna tanda benarnya iman seseorang; ia benarkan melalui amal, bukan pada kata semata. 

Moga Allah redha, moga Allah berkati umur-umur ku yang lepas dan yang akan datang.


“…sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati di dalam dada.” (surah al-hajj : ayat 46)







Tuesday, May 13, 2014

Dua perbezaan yang nyata


"Ketika berkata tuhan kepadaku 
Tidakkah malu maksiat terhadapku, 
Menyembunyikan dosa dari makhlukku 
Dengan penuh noda mengadapku? "


-Syair(Anak Murid dan Imam Ahmad)-


Dekatnya kematian


"Aku heran pada yang bersedih kala berkurang hartanya; tapi tak berduka padahal hilang umurnya." 

(Hasan Al Bashri)

Wednesday, April 30, 2014

Yang sentiasa setia


"Tak Ada Beban Tanpa Pundak"




"Allah does not burden a soul beyond that it can bear...."(Al-Baqarah:286)

Monday, April 28, 2014

Hidupkan Hati

Setiap saat Allah beri peluang untuk belajar sesuatu. Perbualan dengan mak harini lebih kepada perihal adik-beradik, tidak seperti kebiasaan yang selalu membincangkan hal diri sendiri pada mak. Bila sampai pada adik yang terakhir,

"Minggu lepas Imal menangis. "

"Kenapa?"

"Sebab hafazhan minggu lepas tak sampai 5 muka surat. Dia kata rindu mak sampai tak dapat nak fokus untuk hafazhan.

Tapi tak lama lepas tu, senior yang selalu ajar dia mengaji dan hafazhan tu nasihat, kalau nak hafaz Quran, mesti kerana Allah. Bukan kerana manusia, bukan kerana nak outing dengan family dan kawan-kawan. Niat mesti kerana Allah. 


Lepas dah sedar semula, Alhamdulillah dapat lepas 5 muka surat seminggu.
"

*****

Saya hanya mampu terdiam. Terus saya teringat pada pesan murobbiah, tak kisahlah level mana kita ni, yang penting kerja kerana Allah. Buat apa-apa mestilah kerana Allah.

Setelkan dahulu hubungan kita dengan Allah, lepas tu barulah cerita tentang muamalah kita dengan manusia.

*Ditujukan untuk diri sendiri yang utamanya..

Tuesday, April 8, 2014

Moga muara dan hulunya syurga


Artikel dari; Ustazah Noraslina Jusin

Walau masa-masa rumit itu telah berlalu; memikir dan memunajatkan jodoh terbaik demi pembaikan diri menuju ILAHI, namun tatkala terbaca luahan hati teruna dara menanggapi persoalan serupa, ingin saya berkongsi dan memanjangkan sepatah dua kata. 

1) Jodoh, yang merupakan satu juzuk dari pelbagai bentuk rezeki kurniaan ILAHI adalah rahsia di sisi-NYA Yang Maha Mengetahui. Justeru, tanggapi ketidaktahuan itu dengan usaha terbaik bagi merancang kehidupan yang murni di bawah lembayung ketakwaan pada-NYA.

Setelah kita maklumi bahawa ikhtiar dan usaha merupakan rangka kewajipan seorang hamba, maka seharusnya kita memaknai pula cara memperolehinya iaitu berawalkan keyakinan bahawa jalan meraih jodoh terbaik adalah dengan menjadi baik di setiap detik; dengannya moga-moga membuka jalan mendapatkan jodoh sejiwa menurut neraca Yang Maha Esa.

2) Munajatkan istikharah kepada-NYA. Jangan pernah sombong dengan 'kebijaksanaan' diri membuat pilihan bakal suami/isteri sehingga merasa tidak perlu lagi 'bertanya' kepada Yang Lebih Mengetahui.

Kesedaran diri untuk memohon petunjuk ALLAH adalah sebagai pengakuan bahawa kita ini hamba yang serba tidak tahu apa-apa; upaya kita terbatas pada mengusahakan langkah-langkah sesuai yang dianjurkan agama, namun pilihan akhir tetap kita menghajatkan pedoman dari-NYA.

3) Andai dihadapkan dengan beberapa pilihan yang setara soleh/solehahnya, bersoaljawablah secara jujur dengan diri, nilai apakah yang paling diminati dalam menentukan pilihan hati?

Lalu setelah itu, pilihlah yang paling memungkiri kecenderungan nafsu diri. Bertitiktolak dari keyakinan kepada firman-NYA :

إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“.. sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh TUHAN-ku. Sesungguhnya TUHAN-ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah Yusuf ayat 53 )

Justeru, menyelisihi hawa nafsu adalah jalan kebaikan yang diharapkan mampu membuah keberkatan berpanjangan. 

4) Murnikan niat mencari jodoh kerana Allah; kerana setiap nilai yang disandarkan kepada-NYA tiada yang lebih menjamin dan memelihara melainkan DIA jua.

Kalam penuh hikmah dari Imam Ibnul Qayyim ini sebaiknya kita renungi; moga tujuan yang kita sandarkan ketika memulakan sesuatu usaha, berada pada landasan yang benar :

لو تأملتَ حال كل ذي حالة سيئة لرأيتَ بدايته الذهاب مع هواه،وإيثاره على عقله،ومن كانت بدايته مخالفة هواه كانت نهايته العز والشرف

ابن القيم

"Kalau anda renungkan keadaan orang-orang yang buruk keadaan (agama)nya, anda akan lihat bahawa ia demikian kerana awalnya ia mengikuti hawa nafsunya. Dan selanjutnya akan berpengaruh buruk pada akalnya. Adapun orang yang sejak awalnya bertekad menyelisihi hawa nafsunya, dan akhirnya ia akan mendapatkan martabat yang tinggi dan mulia."

Cinta yang sejati kerana ILAHI, moga muara dan hulunya adalah syurga, ameen Ya Rabbal 'aalamin. 

Monday, March 31, 2014

R4BI4



In front of State Library of Victoria, Melb.

Ia satu harapan, 
kerana itu teruskan berdoa.





Wednesday, March 5, 2014

Kemenangan yang tertangguh

"Kita akan menang - (sebaik-baik dakwah, keperluan manusia, kesucian niat kita dan
pertolongan Allah) menguatkan keyakinan kita."
-Antara semalam dan hari ini-

Terdiam.

...kesucian niat
...kesucian niat
...kesucian niat

Jangan tanya bila kita akan menang, selagi mana niat itu masih belum suci.


Sunday, March 2, 2014

Sentuhan Qalbu

Atas bumi yang sama,
berbeza manusia dan bangsa,
berbeza cara dan budaya.
 
Sentuhan tarbiyyah hari pertama di bumi Melbourne. -Preston Mosque

Menjaga Izraa sementara ibunya solat;  bayi comel dan wangi walaupun suka nangis bila didukung.

 
Berswimming selepas usrah.






Dan kini, makin mula jatuh cinta pada Melbourne dan sekitarnya,
Buat hati mudah tersentuh dengan ciptaanNya,
Tiada kata yang mampu diungkap untuk zahirkan rasa syukur,
melainkan Alhamdulillah.
Syukur atas nikmat ini Ya Rabb.

“Maka, nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” (55:13)


Tuesday, February 25, 2014

Wednesday, February 19, 2014

Adat pertemuan


Walau berat untuk menerima,
langkah ini perlu diteruskan. 
agar perpisahan ini tidak sia-sia.

JazakunAllahu khairan katsira buat semua. 

Moga sentiasa segar mewangi sebaran dakwahnya.




Friday, January 24, 2014

Ijlis bina

Duduk sebentar. Ingat pada dosa-dosa yang menggunung.
Duduk sebentar. Ingat pula tentang kematian yang semakin dekat, dalam tidak sedar.
Duduk sebentar. Bagaimana pula cintaku pada Allah dan Rasul.

*****
Malu. 

Dalam terasa susah, ada banyak kesenangan Allah beri.

Masih diberi nikmat bernafas. Masih diberi peluang bertaubat. Masih diberi ruang dan masa untuk memanifestasi cinta pada Dia, dan RasulNYA.

Lalu, masih lagi mahu merungut itu ini? Masih mahu mengeluh sana sini?

Bersyukurlah, wahai diri.

Tuesday, January 21, 2014

Hidupkan hati

Bilamana diri begitu susah untuk menangis,
Bila muhasabah pula hanya sedikit dikit terkesannya,
Bila solat itu susah pula mencapai khusyuk,

Itu tanda masih banyak lagi amal yang tidak terlaksana.
Itu tanda perlu lihat dalam2 apa dalam hati.

Semoga tidak hanya pandai berkata, wahai diri.


Thursday, January 16, 2014

Panggilan itu

Petang tu mak masuk ke bilik, dan kami berborak santai selepas berbincang beberapa perkara penting.

"Seram sejuk. Ami masih tak sedia lagi nak mati, mak. Rasa takut. Terasa banyak sangat dosa tak tertebus lagi"

"Sebab tu kena banyak beramal. Banyak bertaubat. Bangun tahajud tu. Jangan tinggal. "

Nyawa tu bila-bila Allah boleh tarik. Entah berapa kali aku ingat mati dalam sehari. Malu pada diri. Malu pada Allah.

Moga husnul khotimah pengakhiranku, dan semua.

 

Sunday, January 12, 2014

Terasa segar dalam ingatan

Awak lagi berapa lama ye  nak habis? Akak lupa dah.

"Setahun. Sekarang saya tengah tahun akhir."

Mesti tak sabar nak habis kan.

"Kalau fikir pasal belajar, memang rasa nak cepat je habis. Tapi bila fikirkan 'adik-adik' terasa sayang sangat...."

......

Kurang lebih begitu perbualan saya dan dia, adik dari IPRM semasa rehlah bersama akhwat semalam. Indah perasaan itu. Bercampur sedih. Hebatnya ukhuwah, hebatnya penangan tarbiyyah. Kerana Allah SWT.

Dan fikiran saya dibawa terus mengingat adik-adik di JB. Rindu, ungkapan hati. Salurnya dalam rabitah, doa pengikat ukhuwah.

Sunnatullah. Setiap perjumpaan, pasti ada perpisahan.