Wednesday, April 30, 2014

Yang sentiasa setia


"Tak Ada Beban Tanpa Pundak"




"Allah does not burden a soul beyond that it can bear...."(Al-Baqarah:286)

Monday, April 28, 2014

Hidupkan Hati

Setiap saat Allah beri peluang untuk belajar sesuatu. Perbualan dengan mak harini lebih kepada perihal adik-beradik, tidak seperti kebiasaan yang selalu membincangkan hal diri sendiri pada mak. Bila sampai pada adik yang terakhir,

"Minggu lepas Imal menangis. "

"Kenapa?"

"Sebab hafazhan minggu lepas tak sampai 5 muka surat. Dia kata rindu mak sampai tak dapat nak fokus untuk hafazhan.

Tapi tak lama lepas tu, senior yang selalu ajar dia mengaji dan hafazhan tu nasihat, kalau nak hafaz Quran, mesti kerana Allah. Bukan kerana manusia, bukan kerana nak outing dengan family dan kawan-kawan. Niat mesti kerana Allah. 


Lepas dah sedar semula, Alhamdulillah dapat lepas 5 muka surat seminggu.
"

*****

Saya hanya mampu terdiam. Terus saya teringat pada pesan murobbiah, tak kisahlah level mana kita ni, yang penting kerja kerana Allah. Buat apa-apa mestilah kerana Allah.

Setelkan dahulu hubungan kita dengan Allah, lepas tu barulah cerita tentang muamalah kita dengan manusia.

*Ditujukan untuk diri sendiri yang utamanya..

Tuesday, April 8, 2014

Moga muara dan hulunya syurga


Artikel dari; Ustazah Noraslina Jusin

Walau masa-masa rumit itu telah berlalu; memikir dan memunajatkan jodoh terbaik demi pembaikan diri menuju ILAHI, namun tatkala terbaca luahan hati teruna dara menanggapi persoalan serupa, ingin saya berkongsi dan memanjangkan sepatah dua kata. 

1) Jodoh, yang merupakan satu juzuk dari pelbagai bentuk rezeki kurniaan ILAHI adalah rahsia di sisi-NYA Yang Maha Mengetahui. Justeru, tanggapi ketidaktahuan itu dengan usaha terbaik bagi merancang kehidupan yang murni di bawah lembayung ketakwaan pada-NYA.

Setelah kita maklumi bahawa ikhtiar dan usaha merupakan rangka kewajipan seorang hamba, maka seharusnya kita memaknai pula cara memperolehinya iaitu berawalkan keyakinan bahawa jalan meraih jodoh terbaik adalah dengan menjadi baik di setiap detik; dengannya moga-moga membuka jalan mendapatkan jodoh sejiwa menurut neraca Yang Maha Esa.

2) Munajatkan istikharah kepada-NYA. Jangan pernah sombong dengan 'kebijaksanaan' diri membuat pilihan bakal suami/isteri sehingga merasa tidak perlu lagi 'bertanya' kepada Yang Lebih Mengetahui.

Kesedaran diri untuk memohon petunjuk ALLAH adalah sebagai pengakuan bahawa kita ini hamba yang serba tidak tahu apa-apa; upaya kita terbatas pada mengusahakan langkah-langkah sesuai yang dianjurkan agama, namun pilihan akhir tetap kita menghajatkan pedoman dari-NYA.

3) Andai dihadapkan dengan beberapa pilihan yang setara soleh/solehahnya, bersoaljawablah secara jujur dengan diri, nilai apakah yang paling diminati dalam menentukan pilihan hati?

Lalu setelah itu, pilihlah yang paling memungkiri kecenderungan nafsu diri. Bertitiktolak dari keyakinan kepada firman-NYA :

إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“.. sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh TUHAN-ku. Sesungguhnya TUHAN-ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah Yusuf ayat 53 )

Justeru, menyelisihi hawa nafsu adalah jalan kebaikan yang diharapkan mampu membuah keberkatan berpanjangan. 

4) Murnikan niat mencari jodoh kerana Allah; kerana setiap nilai yang disandarkan kepada-NYA tiada yang lebih menjamin dan memelihara melainkan DIA jua.

Kalam penuh hikmah dari Imam Ibnul Qayyim ini sebaiknya kita renungi; moga tujuan yang kita sandarkan ketika memulakan sesuatu usaha, berada pada landasan yang benar :

لو تأملتَ حال كل ذي حالة سيئة لرأيتَ بدايته الذهاب مع هواه،وإيثاره على عقله،ومن كانت بدايته مخالفة هواه كانت نهايته العز والشرف

ابن القيم

"Kalau anda renungkan keadaan orang-orang yang buruk keadaan (agama)nya, anda akan lihat bahawa ia demikian kerana awalnya ia mengikuti hawa nafsunya. Dan selanjutnya akan berpengaruh buruk pada akalnya. Adapun orang yang sejak awalnya bertekad menyelisihi hawa nafsunya, dan akhirnya ia akan mendapatkan martabat yang tinggi dan mulia."

Cinta yang sejati kerana ILAHI, moga muara dan hulunya adalah syurga, ameen Ya Rabbal 'aalamin.