Tuesday, October 22, 2013

Masa, bayang-bayang



"Nak buat benda ni, memang kena banyak berdo'a, mintak petunjuk dari Allah"

Terngiang-ngiang lagi ayat co-supervisor masa buat final year project dulu. Banyak sangat jasa beliau, sudi tolong saya untuk hasilkan alat ni.

Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan beliau yang dah banyak sangat tolong mudahkan urusan orang lain.

*The time shown by the sundial was 2.50pm and i miss collecting data on sunny days.

Wednesday, October 16, 2013

Kerana terlalu rindu

Akak kalau baca buku Raheeq Makhtum, mesti ambil masa lama sangat untuk ke page sebelah. 

Eh, kenapa?

Sebab menangis, terlalu feeling kalau baca. 

T.T




Friday, October 4, 2013

Mak

Ada seorang manusia hebat. Hebat di mata anak-anak, juga di mata suaminya.

"Ayah suka tengok mak. Ayah rasa sangat beruntung kahwin dengan mak"

"Ina pun rasa beruntung ada mak" 

"Ami pun"


Ketika itu kami di dalam kereta, baru sahaja selesai ziarah kubur atuk belah ayah. Mak masih di luar kereta, berbual dengan seorang makcik yang tak dikenali menyapa mak sebelum masuk kereta.

*****

 
Rutin hariannya bermula jam 4 pagi, kadang-kadang 3 pagi, sehinggalah malam. Mak memang sejak muda lagi mengamalkan qiam di tengah pagi. Pernah sekali tu mak cakap

"Mak sedih sangat hari ni, mak terjaga qiam lewat sikit dari selalu"

Tertunduk malu saya. Saya yang muda pun asik on off qiamnya. Sebab tu mak sentiasa ada je tenaga. Jarang sekali nak nampak mak rehat-rehat. Duduk di atas sofa kat rumah ni pun saya rasa sangat jarang nak tengok.

Kecilnya emak, tetapi jasa mak tersangat besar. Besar tak terkira.

Jika nak cerita tentang mak, memang tidak akan pernah habis. Entah mampu ke tidak saya menjadi seperti mak. Entah kan mampu saya nak balas jasa mak yang tak terkira banyaknya. Sentiasa on the move, buat kerja tanpa henti. Seorang isteri yang taat pada suami. Seorang mak yang sangat kasih pada anak-anaknya. Seorang nenek yang sayang pada cucunya.

"Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma kama robbayani soghiro"

Mak, anak-anak mak menjadi saksi, mak seorang ibu yang menjalankan amanah tanggungjawabnya dengan sangat baik. Semoga saya dapat mencontohi emak menjadi seorang hamba Allah yang soleh, umat Rasulullah yang sentiasa mengikut sunnahnya, kelak seorang isteri solehah pada seorang suami yang soleh, dan seterusnya.

Ketahuilah, ibu-ibu kita yang membawa kita selama 9 bulan suatu ketika dahulu, adalah wanita yang sangat hebat.

Berpijak di bumi nyata

Setiap benda, pasti ada pemilik,
setiap masalah, pasti ada puncanya,
setiap perubahan, pasti ada jalan ceritanya.

Dahulu,
mata kasar ini memandang tiada makna,
hati yang menjadi raja tak berlaku adil pada rakyatnya,
diri lena dalam sedar,
yang buruk nampak cantik segala.

Diri berfikir,
entah sampai bila mahu jadi begini,
ke sana ke mari tanpa arah tuju,
apa yang dicari entah tak tahu.

Sampai satu masa,
diri menjadi penat,
mahu lari dari semua itu,
sejauh-jauhnya selagi mampu,
supaya sedar dari lena,
yang diri ini di dunia nyata,
bukan fantasi semata.

Peritnya terasa mengingat kisah dahulu,
betapa susahnya mengikis karat-karat jahiliyyah,
yang lekat berdaki dalam diri,
tiada siapa yang salah,
kerana diri sendiri yang memilih,
ketika lena dalam sedar.

Kini,
berubah selagi mampu,
untuk membuang karat-karat itu,
be'kerja' selagi bernyawa,
kerna rehat itu hanya di syurga.

Wednesday, October 2, 2013

Hujan dan do'a

"Imal, waktu hujan2 macam ni, mustajab do'a. Pastu baca Allahummasoyyibannnafi'a"

Dia hanya mengangguk dan terus main game. Dialog yang lebih kurang macam ni bunyi dia, terjadi sudah lama(sehingga saya lupa berapa lama-bermaksud sudah sangat lama). Saya kira dia kurang mengambil perhatian apa yang saya katakan kerana nampak seperti game lebih perlu difokuskan.

credit- google
*****

Malam tadi masa tengah bersantai2 dengan keluarga sambil tengok TV, tiba-tiba Imal tanya,

"Aimi, bunyi hujan ke kat luar tu?"

"Haah."

Dia terus tadah tangan, sambil mulut bergerak-gerak menyebut sesuatu.

Memang betul lah. Kadang2 kita mengingatkan orang supaya mereka mengingatkan kita saat kita lupa.
 
*Tiba-tiba teringat cerita Jejak Rasul masa Ramadhan haritu. Tiba-tiba hujan turun mencurah-curah setelah lama tidak hujan (kurang ingat di Makkah atau Madinah), orang2 yang on the way nak pergi masjid berjalan sambil berdo'a dan menangis.

*Oh, Imal tu adik lelaki saya yang bongsu.

Perhatian dan kasih sayang


Bila tengok video ni, teringat saya pada dua situasi ni.

# 1

"Ummi, tengok ni" , kata Darwisya sambil tunjuk kuih yang Darwisya buat menggunakan plasticine.

Umminya yang sedang sibuk membuat kuih (the real one, bukan plasticine) dan berbual2 dengan orang lain ketika itu, secara automatik terus mengalihkan perhatiannya pada anaknya, Darwisya.

"Cantiknya Darwisya buat! Pandai Darwisya buat kuih"

# 2

Seorang bapa yang sedang memberi talk tentang Palestin dengan penuh semangat tiba-tiba berhenti bercakap.

"Maafkan anak ana, ikhwah kecil ni nak dengar talk Gaza jugak."

Kata beliau tiba-tiba, apabila melihat anaknya (berumur lebih kurang setahun lebih) berjalan2 di hadapan audiens dan bermain2 alatan yang ada di pentas. Beliau tidak sedikit pun memarahi anak beliau itu, malah diberikan perhatiannya seketika pada anaknya sebelum menyambung talk beliau.

 Situasi-situasi di atas ini membuatkan saya berfikir, tidak hairanlah jika suatu hari nanti, anak2 mereka menjadi seorang yang hebat dan bagus sahsiahnya.

****
Dan saya kagum, hebatnya mak dan ayah menjawab pertanyaan anak-anak seramai 8 orang. Setia mendengar entah berapa banyak cerita anak-anak, ragam anak-anak dan luahan perasaan anak-anak dari dalam perut lagi sehinggalah besar panjang. Allahu.. besar jasa mereka..tersangat besar.