Tuesday, November 27, 2012

Kata-kata dan amal

Manusia, ada yang hanya pandai berkata-kata. Tetapi tak mencair jadi amal. 

Manusia, ada yang pandai berkata-kata dan melakukan apa yang dikatakan walau terpaksa.

Manusia, ada yang buat apa yang dikatakan tanpa paksaan, dan hatinya ikhlas kerana Allah.

Kita yang mana satu eh?

Pandangan Allah itu jauh lebih mulia dari pandangan manusia..

Rindu. Badar.




Malam, gelap, gelita. 


Tiba-tiba...


Panggg Pangg Panggg!

3 kali bunyi kuat itu berbunyi menandakan perang bermula. Semua berlari-lari. Ada yang selamatkan diri, ada yang berani menghadapi musuh.

Perasaan berdebar itu hanya Allah sahaja yang tahu. Hati risau memikirkan sahabat-sahabat yang satu2 nyawa ditarik pihak lawan (nyawa yang merupakan kain merah, jika ditarikoleh pihak lawan, ahli tersebut mati). 

Ketika itu kawan jadi lawan, adik sendiri yang berada di kumpulan lain terpaksa lupakan sebentar. Memang ada rasa kasihan dan serba salah ketika cuba menarik nyawa adik sendiri. Namun, perjuangan harus diteruskan. 

Tiada kalimah lain yang diucap ketika perang bermula melainkan Allahuakbar. Takbir dilaungkan oleh setiap ahli kumpulan setiap kali nyawa masing-masing cuba diambil pihak lawan. 

***********

Dan aku rindu waktu itu. Waktu semua bersatu. Menghayati perang badar para sahabat bersama Rasulullah. Walaupun perang kami hanya olok-olok, tetapi jiwa para sahabat Rasulullah membuatkan jiwa bergetar, meremang, mengingatkan kisah mereka berperang.  


Ahli Abu Bakar
Tawakkal. Mencari udang kat air terjun?

Wednesday, November 7, 2012

Mujahid kecil itu

Makchik rindu Qhalif. 


Gelak.

Sengih

:)

Qhalif with Tokmak. 



Mujahid kecil yang suci dari dosa. Bersih. Tenang bila lihat si soleh ini.


Thursday, November 1, 2012

Kerna usaha itu bukan untuk sekali

Mi, aku dah buat rayuan, tapi still tak dapat. 

Takpelah. Allah nak suruh usaha kuat lagi tu. Siapa tahu kan.


********

Kali kedua sahabat saya apply biasiswa yang sama apabila mendapat result semester seterusnya, 
Mi, takde rezeki kot.

*********

Kurang lebih begini perbualan kami. 

Kisahnya, ada seorang sahabat saya, yang tidak akan give up selagi dia mampu. Sahabat yang sentiasa ada usahanya. Kami apply biasiswa pada masa yang sama. Tiba masa, senarai nama yang berjaya terima pun keluar. Namanya tidak tersenarai. Saya juga terkejut. Kerana CGPA nya pada saya, sudah cukup layak untuk biasiswa tersebut.

Usaha nya tidak terhenti di situ. Keluar result semester seterusnya, dia terus apply, masih tidak dapat. Kiranya sudah 4 kali termasuk rayuan. 

Saya masih ingat ketika cuti semester, tiba-tiba saya mendapat panggilan dari sahabat saya ini. 


Miii, JPA call aku suruh hantar borang.

Alhamdulillah. Allah...akhirnya.

cred : pakcik google
  
Gembira. Ini kisah dia. Kisah usaha dia. Kita pula bagaimana? 

Allah sentiasa beri ruang pada kita, beri masa pada kita. Usaha bukan terhenti apabila gagal. Move.