Saturday, March 30, 2013

.

Bukan hanya pada lisan,
Tapi pada tingkahmu,
Dan rasai dengan hati.

Itu iman. Kepercayaan. Pengakuan. Dan amal.

***

Tapi, apa yang ditulis ini belum cukup mendefiniskan iman. Kerna iman itu bukan lah sekadar lisan yang diterjemahkan dengan tulisan. 

Antara cabang Islam adalah rukun iman itu sendiri. Lengkap. Menyeluruh. Islam itu syumul.


Tuesday, March 26, 2013

Cepat atau lambat, hanya Dia yang tahu

Sabar itu sifat mahmudah yang paling payah,
Paling susah,
Sebut memang senang,
Just like belajar apa2 secara teori,
Lebih mudah dari mempraktik kan.

Sampai satu tahap,
Kita rasa lelah,
Tak tertahan lagi untuk sabar,
Kita hanya mampu menangis,
Tapi menangis tu kerana apa?
Menangis kerana tak tahan sabar?
Atau,
Menangis kerana Allah lambat beri apa yang kita nak?

God heals what dunia breaks  ;)
Rupanya, 
Kita terlalu banyak meminta dari Tuhan,
Sampai lupa nak memberi.

Kita berdoa tu sebenarnya untuk apa?
Berkongsi dengan Tuhan apa yang kita rasa,
Atau memaksa Tuhan beri apa yang kita nak?

****

Belajarlah untuk redha. Kita usaha apa yang Allah rancangkan terbaik untuk kita. Allah lebih tahu apa yang  paling2 terbaik. Kena percaya tu. Selalu.