Sunday, November 24, 2013

Bukan tahu sahaja, tapi tahu dan faham

Saya jadi kagum, mendengar kisah orang-orang hebat. Teirngat perkongsian seorang ustaz, beberapa minggu lalu.

"Disebabkan nak memahami apa itu Islam, nak rasa betapa peritnya kesakitan para sahabat berjuang, saya berjalan di atas padang pasir tanpa berkasut, tiada telefon, tiada apa, semua saya tinggalkan. Sebab saya nak faham, bukan sekadar tahu.

Saya jalan, saya hanya nampak macam fatamorgana dari jauh, seakan pembiasan yang membentuk air.

Saya jalan lagi, walau sakit berkaki ayam di atas padang pasir, dan akhirnya saya betul-betul nampak air, bukan lagi seakan-akan, tapi betul-betul air di depan mata saya.

Pandangan mata kasar
Saya menangis, besarnya kuasa Allah. Berjalan di atas padang pasir, nak merasai semua tu. Allah tunjukkan kuasanya, betul-betul depan mata saya. Tapi saya hanya dapat buat 2 minggu je. Bayangkan macam mana nabi Muhammad SAWdan para sahabat zaman dulu. Sebab tu mereka faham kenapa perlu berjuang."

Balik dari rumah ustaz, saya, kakak dan abang ipar mula muhasabah. Kadang-kadang kita rasa kita sudah faham, rupanya kita baru sampai tahap tahu saja.

Masih jauh perjalanan saya. Terasa seperti baru di checkpoint 1. Jauh beza dengan orang-orang yang sudah di checkpoint 1000, dan mungkin lebih dari tu.

*Sudah pastinya saya tak ingat exactly apa yang ustaz cerita dan setiap patah perkataan yang keluar dari ustaz,  tapi inshaAllah point-pointnya semua lebih kurang seperti diatas.

Kemakbulan do'a

Faktor kemakbulan doa :

1) Ingin
2) Faham
3) Amal

Supaya tak 'terjelepok' di tengah jalan ;))


-Ustazah Noraslina Jusin-

Saturday, November 16, 2013

Reading

Google review pasal Finding Jamilah by Raidah S.I,

Tapi terbaca ni,

http://thefeministwire.com/2013/09/whats-love-got-to-do-with-it/

Dan sekarang, stuck dengan ini,

http://raidahshahidil.com/

*Disebabkan ielts dapat cukup-cukup makan, nampaknya, hari-hari bahasa Inggeris.

....

"Everyone who is taken by death asks for more time, while everyone who is still has time makes excuses for procrastination..."

Tawfique Chowdhury 


Thursday, November 14, 2013

14.11

Orang yang fikirkan duit pangkat nama, vs orang yang fikirkan keadilan.

Attitude mereka jauh berbeza.

Tak perlu tengok jauh, tengok dalam negara sendiri dah cukup.

Saya cuba untuk raikan perbezaan pendapat itu,
tapi pendapat yang satu lagi tu selalu tidak masuk akal.

Saya hanya mampu tersenyum.

Mendoakan agar yang haq akan tertegak suatu hari nanti.

*Pengalaman menjaga keselamatan anak2 calon ketika pru lepas, membuatkan saya belajar banyak sangat. Mahu menjadi pemimpin negara, harus berjaya menjadi pemimpin keluarga dahulu. Respect dengan cara mereka didik anak2 in term of attitude.

"Paie rasa ayah boleh menang tak kali ni?"
"Tak taulah. Tapi takpe kalau kalah maksudnya Allah belum nak bagi kita menang" 

-Paie tu nickname anak calon, darjah 3. 





Tuesday, November 12, 2013

Rezeki

Rezeki tu rahsia Allah. Bila-bila je Allah boleh bagi.

Usaha.

1.  Mohon guru ganti - harapan tipis. borang atas meja pegawai tinggi menggunung. sampai sekarang tiada jawapan.

2. Hantar resume pada company license surveyor - pekerja tetap diutamakan. mungkin belum rezeki lagi berbakti pada tanah. eheh.

3. Mohon guru tadika islam - Alhamdulillah, yang ni beri respon yang sangat positif. cumanya mereka mahu serap masuk terus jadi guru kekal. walaupun dah lama sangat nak jadi cikgu tadika, mungkin belum rezeki lagi.

4. Akhirnya, berbisnes jugak la saya. Mak kata darah cina dah mengalir kuat sangat. tak boleh lari. rezeki Allah nak beri. mungkin di sini.

Mak kata, kalau tak dapat kerja pun takpe. Boleh berbakti dengan ibu bapa kat rumah. Boleh tarik nafas lega. Sebenarnya saya risau kalau-kalau mak dan ayah tak selesa tengok saya duduk di rumah 6 bulan. Ye 6 bulan. Sangat lama.


*Kadang-kadang tak semua benda yang kita nak, kita boleh dapat. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
*Berharap sangat JPA tak panggil untuk temuduga SPA. Supaya tak susah nak buat penangguhan kontrak. Tapi macam mana tak nak pun, kalau rezeki di situ, itulah yang terbaik.

Jatuh, bangun

Biar jatuh berjuta kali,
tapi jangan pernah penat untuk bangun, walau sekali.

 

Tuhan, sampaikan aku ke 'bumi' itu. 

*Tafsiran bagi 'bumi' = masih tak diketahui. Tiba-tiba keliru. Bumi eropah atau kanggaru.




Monday, November 11, 2013

Kacang, kaya, kentang

Dahulu..

credit : google

tapi disebabkan terlalu leka sampai tahap 'ketagih', terpaksa delete game ni walaupun ketika itu level sudah jauh. Memang susah saya nak buat keputusan ketika mahu delete apps ni.Tapi saya gagahkan juga diri untuk delete.

Takut disoal di 'sana' nanti apa yang diisi dengan masa lapang. Sebab, asal ada masa lapang pasti terfikir pou. Alangkah ruginya saya.


Sekarang..


baru-baru ni mak terlalu seronok nak buat pau. Saya jadi terikut. Kalau boleh hari-hari mak ajak buat pau. Dari inti kacang, kaya, sampai lah ke inti karipap. Kalau lah dari dulu saya dah tahu buat pau ni, mesti tak ketagih main game pou. Mesti dah boleh buat pau untuk adik usrah. Tiba-tiba.

Jangan berkalau-kalau.

Tuesday, November 5, 2013

Refresh

Bila sesuatu benda jadi susah,  jadi serba tak kena, mesti akan fikir balik sedalam-dalamnya, kenapa jadi macam tu. Mesti ada something. Hmm, mungkin niat sebelum buat sesuatu tu dah salah. Mungkin juga niat semasa, dan boleh jadik niat selepas itu pula.

Niat tu bukan sekadar "sahaja aku buat ini...". Tak, ia bukan sekadar lisan. Ia lebih dari itu. Mungkin saya patut cakap, niat tu sesuatu yang susah untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Sebab ia berkaitan dengan hati. (boleh relate kan juga dengan solat)

Memang susah nak jaga niat sepanjang masa. Tapi, yang payah dan susah itulah yang beri kesan yang sangat manis. Dan yang manis itu untuk orang-orang terpilih, orang-orang yang betul2 jaga ikhlasnya, jaga niatnya.


Saya juga masih cuba dan terus cuba. Saya juga manusia biasa, ada sahaja yang mencucuk-cucuk sehingga niat terkadang lari. Tapi lebih teruk kan jika biar niat itu terpesong terus. Niat juga perlukan penghijrahan yang selalu. Bukan kadang-kadang.

Jom, refresh niat!

*Dan sekarang jadi sangat rindu nak tasmik hadith niat dengan kak iman. Biarlah beribu kali menghafal hadith ini, sehingga diri mengerti apa itu definisi bagi 'niat' yang sebenar. 

*Briged Al-Qassam sangat menjaga niat dan ikhlas mereka (sebahagian muka ditutup) ketika ber'kerja', sehingga mereka betul2 syahid barulah wajah mereka dibuka.

* Salam Muharam. Selamat menjadi manusia yang lebih baik, juga menjadi manusia yang cinta pada kebaikan.