Saturday, September 21, 2013

Sampai bila


"You know what, you are just afraid of success"

dan, sampai bila nak takut, malu, tak mahu?

****
The test will be on September 28. Semoga Allah fasihkan lidah ini untuk berkata-kata, tajamkan akal fikiran untuk menjawab soalan, limpahkan idea yang mencurah2 untuk menulis. Ameen, ameen, ameen.
 
dah sampai masanya untuk berhenti tanya sampai bila. 

Thursday, September 19, 2013

Ya Ma'syaral Ikhwan


Jangan biar semangat itu pudar.


Translationnya; 

يا معشر الاخوان لا تترددوا لا لا لا عن حوضكم حيث الرسول محمد
Wahai ikhwan, janganlah kalian merasa ragu. Jangan! Jangan! Jangan!
Dengan apa yang ada di sekeliling kalian kerana (temujanji kita di telaga syurga)bersama Ar-Rasul Muhammad s.a.w
 
نادتكم الفردوس فامضوا نحوها في دعوة الاسلام عزوا واسعدوا
Syurga Firdaus telah memanggilmu maka segeralah menyahutnya. Rasa izzah dan gembiralah dalam dakwah Islam

إنا فرشنا بالكفاح طريقنا ودم الشهادة نبعنا المتورد
Sesungguhnya tempat tidur kita adalah jihad yang menjadi jalan kita. Dan darah syuhadak kita yang mula mengalir
 
علماؤنا بمدادهم فتحوا الدنا نحن الذين على الكتاب تعاهدوا
Para ulama' kita telah membuka Dunia ini dengan ilmu-ilmu mereka. Kita semua telah membuat janji setia dengan al-Quran

ايماننا بالله قوى ضعفنا اخلاصنا يحي القلوب ويسعد
Keimanan kita kepada Allah menguatkan kelemahan kita. Keikhlasan kita menghidupkan hati dan menyenangkannya
 
اعلامنا بإخائنا تتألق فتيقنوا وتوكلوا وتوددوا
Panji-panji kita di atas persaudaraan. Maka berpeganglah, yakinlah, bertawakallah dan kukuhkanlah pegangan kita

اركان هذا البيت اعمدة الهدى نمضي بها دوما ولا نتردد
Rukun Baiah kita adalah sebagai pegangan petunjuk. Tetaplah kita berjalan di atasnya tanpa ragu-ragu
 
الفهم والاخلاص والعمل النقي ثم الجهاد اخوة وتجرد
Kefahaman, Keikhlasan, Amal yang suci kemudian Jihad, Ukhuwah dan Tajarrud

ثقة وتضحية وطاعة ربنا ثم الثبات نشيدنا المتوقد
Thiqah, Tadhiyah, Taat kepada Tuhan kita kemudian Thabat menjadi slogan kita yang dijulang
 
هذه اخي اركان بيعتنا التي نادا بها فينا الامام المرشد
Wahai akhi, inilah Rukun Baiah yang sering disebut kepada kita oleh Mursyidul Am
Imam Hasan al-Banna
 
(Sungguh lah, yang saya faham bila first dengar hanyalah beberapa kerat saja. But when I read the lyrics, T_T. "panji-panji kita di atas persaudaraan" ... )

Saudara

Palestine,
Egypt, 
Syria,  
Burma,
Lebanon,
Kashmir,
Iraq.

Kata seorang ustaz,
 "Doakan saudara seIslam kita. Beribu2 doa manusia pasti ada antara kita yang Allah angkat doanya"