Friday, January 24, 2014

Ijlis bina

Duduk sebentar. Ingat pada dosa-dosa yang menggunung.
Duduk sebentar. Ingat pula tentang kematian yang semakin dekat, dalam tidak sedar.
Duduk sebentar. Bagaimana pula cintaku pada Allah dan Rasul.

*****
Malu. 

Dalam terasa susah, ada banyak kesenangan Allah beri.

Masih diberi nikmat bernafas. Masih diberi peluang bertaubat. Masih diberi ruang dan masa untuk memanifestasi cinta pada Dia, dan RasulNYA.

Lalu, masih lagi mahu merungut itu ini? Masih mahu mengeluh sana sini?

Bersyukurlah, wahai diri.

Tuesday, January 21, 2014

Hidupkan hati

Bilamana diri begitu susah untuk menangis,
Bila muhasabah pula hanya sedikit dikit terkesannya,
Bila solat itu susah pula mencapai khusyuk,

Itu tanda masih banyak lagi amal yang tidak terlaksana.
Itu tanda perlu lihat dalam2 apa dalam hati.

Semoga tidak hanya pandai berkata, wahai diri.


Thursday, January 16, 2014

Panggilan itu

Petang tu mak masuk ke bilik, dan kami berborak santai selepas berbincang beberapa perkara penting.

"Seram sejuk. Ami masih tak sedia lagi nak mati, mak. Rasa takut. Terasa banyak sangat dosa tak tertebus lagi"

"Sebab tu kena banyak beramal. Banyak bertaubat. Bangun tahajud tu. Jangan tinggal. "

Nyawa tu bila-bila Allah boleh tarik. Entah berapa kali aku ingat mati dalam sehari. Malu pada diri. Malu pada Allah.

Moga husnul khotimah pengakhiranku, dan semua.

 

Sunday, January 12, 2014

Terasa segar dalam ingatan

Awak lagi berapa lama ye  nak habis? Akak lupa dah.

"Setahun. Sekarang saya tengah tahun akhir."

Mesti tak sabar nak habis kan.

"Kalau fikir pasal belajar, memang rasa nak cepat je habis. Tapi bila fikirkan 'adik-adik' terasa sayang sangat...."

......

Kurang lebih begitu perbualan saya dan dia, adik dari IPRM semasa rehlah bersama akhwat semalam. Indah perasaan itu. Bercampur sedih. Hebatnya ukhuwah, hebatnya penangan tarbiyyah. Kerana Allah SWT.

Dan fikiran saya dibawa terus mengingat adik-adik di JB. Rindu, ungkapan hati. Salurnya dalam rabitah, doa pengikat ukhuwah.

Sunnatullah. Setiap perjumpaan, pasti ada perpisahan.