Monday, December 24, 2012

Dhuha yang dirindui


Burung.
Mereka terbang, bahagia,
Bunyi mereka bersambung2 kedengaran,
Mencari makan sana sini,
Ada juga yang berehat di pokok2.

Awan. 
Cerah. 
Kulihat atas, 
Ada sesuatu yang mendamaikan,
Yang buat hati rasa ketenangan itu.

Pokok.
Daun2 bergoyang perlahan,
Buat mata menjadi segar,
Melihat mereka nan hijau. 

Angin.
Sesekali dapat aku rasa ia menyapu muka,
Dapat ku hirup udara segar, 
Ku hembus semula penuh syukur,
Syukur masih diberi nikmat untuk bernafas.

Sungguh, waktu ini yang sangat2 aku rindu hari2,
Buat aku dekat dengan makhluk selain manusia.
Sedang mereka sibuk bertasbih memuji Yang Maha Esa,
Aku juga mahu turut serta. 

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah....."
(17:44)
******

Apa yang keluar dari fikiran ni memang selalu tak tersusun. Maafkan saya. Ayat berterabur. Tidak pandai berpuisi mahupun bersajak.  Hehe

Menulis sambil melihat ke tepi tingkap bilik. Kelihatan burung berterbangan, pokok2 hijau bergerak2 perlahan, langit cerah, angin masuk ke tingkap bilik sesekali.

Buat fikiran tenang sekejap, setelah dihimpap dengan kerja yang sehingga kini tidak siap2. 

Mohon doakan ;)


Wednesday, December 5, 2012

Berbekalkan doa' dan tawakkal


Hari itu dinanti dengan penuh rasa excited. Siapa tak suka bila orang-orang tersayang nak datang bercuti kat tempat kita. Sampai sahaja di UTM, ayah turunkan mak dan adik-adik kemudian terus ke Singapore atas urusan kerja. Usai masukkan semua beg-beg baju ke dalam kereta, kami terus ke kolej.

Tiba-tiba dalam perjalan ke kolej , mak tanya adik,

Ehah dah masukkan handbag mak dalam kereta?

Beg apa? 

Beg biru mak letak kat sebelah Ehah tadi.

Senyap..


Hmm. Ami rasa Ami tak ada masukkan beg biru dalam kereta.

Aku cuba mencelah, dan hentikan kereta untuk cek semula bonet kereta sama ada beg mak ada di situ atau tidak.

Tiada.

Patah semula ke tempat mula-mula jumpa mak. Tiada juga.

Adik yang seorang membuka pintu kereta bahagiannya.

Jatuh beg mak. Rupanya tersekat tali beg mak di celah pintu di mana beg berada di bawah kereta. Maksudnya, beg tu dah terseret di atas jalan sepanjang kereta bergerak. Adik ambil beg mak. Allahuakbar. Terkejut. Koyak bersama-sama isi di dalam beg dan ketika itu, dalam beg mak ada cash yang mencecah ribuan yang mana ayah baru berikan untuk mak bayar duit penginapan hotel sepanjang kat Johor..

Terkilan sekejap. Ribuan. Lebih dari separuh duit yang terkoyak dengan agak dahsyat dan terbakar (hasil geseran atas jalan yang panas). Boleh dikatakan ada duit yang dah tak rupa duit.


Sentiasa tenang
Tapi mak tenang. Mak tak marah. Itu memang mak. Dunianya tidak di hati. Kalau ditanya aku, duit yang ribuan boleh menangis dulu then baru boleh belajar untuk redha sikit demi sedikit. Tapi mak tak. Kami yang melihat mak yang jadi tak tenang. Mak ajak kami makan dulu dan solat. After solat, tenung muka mak yang tengah berdoa'. Penuh yakin, penuh kesungguhan. Mak kata kalau tak dapat tukar kat bank pun takpela, maksudnya tak ada rezeki kan. Takpelah. kita usaha dulu. Mana tahu, Allah nak bagi miracle terjadi. 


"...watawakkal 'alAllah, innahu huwassami'ul'alim"
"...dan bertawakkal lah kepada Allah. Sungguh Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui"( 8:61)

Mak kata banyak-banyak baca rabbiyassir wal tu'assir. Kami ke BSN. Usaha. BSN tak terima. Katanya, pergi ke Maybank atau Bank Negara. Tapi ada dua kemungkinan, sama ada diorang tak terima atau susut nilai. Pergi Bank Negara dan itu first time drive ke  bandar JB, Alhamdulillah tak sesat. Sampai-sampai, pegawai bank terus suruh ke kaunter tukar duit.

Sangat cepat proses pertukaran. Allah permudahkan. Just isi borang and tunjuk jumlah wang yang rosak beserta bukti duit, tak sampai 5 minit terus dapat duit baru. Alhamdulillah. Banyak hikmah dari kisah ni. Banyak ketukan yang Allah beri.


*********

- Kebergantungan yang sangat-sangat tinggi hanya pada Allah.
- Allah uji dengan duit je, kat mana hati kita masa tu. Dunia? Akhirat?
- Belajar untuk terima kenyataan, tapi kena usaha, doa and  tawakkal.
- Jika tak terjadi benda macam ni, sampai bila kita tak tahu Bank Negara ada kat JB.

Wakafabillahiwakeela :) HE helps me alot. Tak terkira banyaknya.