Friday, October 4, 2013

Mak

Ada seorang manusia hebat. Hebat di mata anak-anak, juga di mata suaminya.

"Ayah suka tengok mak. Ayah rasa sangat beruntung kahwin dengan mak"

"Ina pun rasa beruntung ada mak" 

"Ami pun"


Ketika itu kami di dalam kereta, baru sahaja selesai ziarah kubur atuk belah ayah. Mak masih di luar kereta, berbual dengan seorang makcik yang tak dikenali menyapa mak sebelum masuk kereta.

*****

 
Rutin hariannya bermula jam 4 pagi, kadang-kadang 3 pagi, sehinggalah malam. Mak memang sejak muda lagi mengamalkan qiam di tengah pagi. Pernah sekali tu mak cakap

"Mak sedih sangat hari ni, mak terjaga qiam lewat sikit dari selalu"

Tertunduk malu saya. Saya yang muda pun asik on off qiamnya. Sebab tu mak sentiasa ada je tenaga. Jarang sekali nak nampak mak rehat-rehat. Duduk di atas sofa kat rumah ni pun saya rasa sangat jarang nak tengok.

Kecilnya emak, tetapi jasa mak tersangat besar. Besar tak terkira.

Jika nak cerita tentang mak, memang tidak akan pernah habis. Entah mampu ke tidak saya menjadi seperti mak. Entah kan mampu saya nak balas jasa mak yang tak terkira banyaknya. Sentiasa on the move, buat kerja tanpa henti. Seorang isteri yang taat pada suami. Seorang mak yang sangat kasih pada anak-anaknya. Seorang nenek yang sayang pada cucunya.

"Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma kama robbayani soghiro"

Mak, anak-anak mak menjadi saksi, mak seorang ibu yang menjalankan amanah tanggungjawabnya dengan sangat baik. Semoga saya dapat mencontohi emak menjadi seorang hamba Allah yang soleh, umat Rasulullah yang sentiasa mengikut sunnahnya, kelak seorang isteri solehah pada seorang suami yang soleh, dan seterusnya.

Ketahuilah, ibu-ibu kita yang membawa kita selama 9 bulan suatu ketika dahulu, adalah wanita yang sangat hebat.

No comments:

Post a Comment