Thursday, November 1, 2012

Kerna usaha itu bukan untuk sekali

Mi, aku dah buat rayuan, tapi still tak dapat. 

Takpelah. Allah nak suruh usaha kuat lagi tu. Siapa tahu kan.


********

Kali kedua sahabat saya apply biasiswa yang sama apabila mendapat result semester seterusnya, 
Mi, takde rezeki kot.

*********

Kurang lebih begini perbualan kami. 

Kisahnya, ada seorang sahabat saya, yang tidak akan give up selagi dia mampu. Sahabat yang sentiasa ada usahanya. Kami apply biasiswa pada masa yang sama. Tiba masa, senarai nama yang berjaya terima pun keluar. Namanya tidak tersenarai. Saya juga terkejut. Kerana CGPA nya pada saya, sudah cukup layak untuk biasiswa tersebut.

Usaha nya tidak terhenti di situ. Keluar result semester seterusnya, dia terus apply, masih tidak dapat. Kiranya sudah 4 kali termasuk rayuan. 

Saya masih ingat ketika cuti semester, tiba-tiba saya mendapat panggilan dari sahabat saya ini. 


Miii, JPA call aku suruh hantar borang.

Alhamdulillah. Allah...akhirnya.

cred : pakcik google
  
Gembira. Ini kisah dia. Kisah usaha dia. Kita pula bagaimana? 

Allah sentiasa beri ruang pada kita, beri masa pada kita. Usaha bukan terhenti apabila gagal. Move.

No comments:

Post a Comment