Tuesday, November 27, 2012

Rindu. Badar.




Malam, gelap, gelita. 


Tiba-tiba...


Panggg Pangg Panggg!

3 kali bunyi kuat itu berbunyi menandakan perang bermula. Semua berlari-lari. Ada yang selamatkan diri, ada yang berani menghadapi musuh.

Perasaan berdebar itu hanya Allah sahaja yang tahu. Hati risau memikirkan sahabat-sahabat yang satu2 nyawa ditarik pihak lawan (nyawa yang merupakan kain merah, jika ditarikoleh pihak lawan, ahli tersebut mati). 

Ketika itu kawan jadi lawan, adik sendiri yang berada di kumpulan lain terpaksa lupakan sebentar. Memang ada rasa kasihan dan serba salah ketika cuba menarik nyawa adik sendiri. Namun, perjuangan harus diteruskan. 

Tiada kalimah lain yang diucap ketika perang bermula melainkan Allahuakbar. Takbir dilaungkan oleh setiap ahli kumpulan setiap kali nyawa masing-masing cuba diambil pihak lawan. 

***********

Dan aku rindu waktu itu. Waktu semua bersatu. Menghayati perang badar para sahabat bersama Rasulullah. Walaupun perang kami hanya olok-olok, tetapi jiwa para sahabat Rasulullah membuatkan jiwa bergetar, meremang, mengingatkan kisah mereka berperang.  


Ahli Abu Bakar
Tawakkal. Mencari udang kat air terjun?

No comments:

Post a Comment