Tuesday, November 12, 2013

Rezeki

Rezeki tu rahsia Allah. Bila-bila je Allah boleh bagi.

Usaha.

1.  Mohon guru ganti - harapan tipis. borang atas meja pegawai tinggi menggunung. sampai sekarang tiada jawapan.

2. Hantar resume pada company license surveyor - pekerja tetap diutamakan. mungkin belum rezeki lagi berbakti pada tanah. eheh.

3. Mohon guru tadika islam - Alhamdulillah, yang ni beri respon yang sangat positif. cumanya mereka mahu serap masuk terus jadi guru kekal. walaupun dah lama sangat nak jadi cikgu tadika, mungkin belum rezeki lagi.

4. Akhirnya, berbisnes jugak la saya. Mak kata darah cina dah mengalir kuat sangat. tak boleh lari. rezeki Allah nak beri. mungkin di sini.

Mak kata, kalau tak dapat kerja pun takpe. Boleh berbakti dengan ibu bapa kat rumah. Boleh tarik nafas lega. Sebenarnya saya risau kalau-kalau mak dan ayah tak selesa tengok saya duduk di rumah 6 bulan. Ye 6 bulan. Sangat lama.


*Kadang-kadang tak semua benda yang kita nak, kita boleh dapat. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
*Berharap sangat JPA tak panggil untuk temuduga SPA. Supaya tak susah nak buat penangguhan kontrak. Tapi macam mana tak nak pun, kalau rezeki di situ, itulah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment