Tuesday, November 5, 2013

Refresh

Bila sesuatu benda jadi susah,  jadi serba tak kena, mesti akan fikir balik sedalam-dalamnya, kenapa jadi macam tu. Mesti ada something. Hmm, mungkin niat sebelum buat sesuatu tu dah salah. Mungkin juga niat semasa, dan boleh jadik niat selepas itu pula.

Niat tu bukan sekadar "sahaja aku buat ini...". Tak, ia bukan sekadar lisan. Ia lebih dari itu. Mungkin saya patut cakap, niat tu sesuatu yang susah untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Sebab ia berkaitan dengan hati. (boleh relate kan juga dengan solat)

Memang susah nak jaga niat sepanjang masa. Tapi, yang payah dan susah itulah yang beri kesan yang sangat manis. Dan yang manis itu untuk orang-orang terpilih, orang-orang yang betul2 jaga ikhlasnya, jaga niatnya.


Saya juga masih cuba dan terus cuba. Saya juga manusia biasa, ada sahaja yang mencucuk-cucuk sehingga niat terkadang lari. Tapi lebih teruk kan jika biar niat itu terpesong terus. Niat juga perlukan penghijrahan yang selalu. Bukan kadang-kadang.

Jom, refresh niat!

*Dan sekarang jadi sangat rindu nak tasmik hadith niat dengan kak iman. Biarlah beribu kali menghafal hadith ini, sehingga diri mengerti apa itu definisi bagi 'niat' yang sebenar. 

*Briged Al-Qassam sangat menjaga niat dan ikhlas mereka (sebahagian muka ditutup) ketika ber'kerja', sehingga mereka betul2 syahid barulah wajah mereka dibuka.

* Salam Muharam. Selamat menjadi manusia yang lebih baik, juga menjadi manusia yang cinta pada kebaikan.

No comments:

Post a Comment