Sunday, November 24, 2013

Bukan tahu sahaja, tapi tahu dan faham

Saya jadi kagum, mendengar kisah orang-orang hebat. Teirngat perkongsian seorang ustaz, beberapa minggu lalu.

"Disebabkan nak memahami apa itu Islam, nak rasa betapa peritnya kesakitan para sahabat berjuang, saya berjalan di atas padang pasir tanpa berkasut, tiada telefon, tiada apa, semua saya tinggalkan. Sebab saya nak faham, bukan sekadar tahu.

Saya jalan, saya hanya nampak macam fatamorgana dari jauh, seakan pembiasan yang membentuk air.

Saya jalan lagi, walau sakit berkaki ayam di atas padang pasir, dan akhirnya saya betul-betul nampak air, bukan lagi seakan-akan, tapi betul-betul air di depan mata saya.

Pandangan mata kasar
Saya menangis, besarnya kuasa Allah. Berjalan di atas padang pasir, nak merasai semua tu. Allah tunjukkan kuasanya, betul-betul depan mata saya. Tapi saya hanya dapat buat 2 minggu je. Bayangkan macam mana nabi Muhammad SAWdan para sahabat zaman dulu. Sebab tu mereka faham kenapa perlu berjuang."

Balik dari rumah ustaz, saya, kakak dan abang ipar mula muhasabah. Kadang-kadang kita rasa kita sudah faham, rupanya kita baru sampai tahap tahu saja.

Masih jauh perjalanan saya. Terasa seperti baru di checkpoint 1. Jauh beza dengan orang-orang yang sudah di checkpoint 1000, dan mungkin lebih dari tu.

*Sudah pastinya saya tak ingat exactly apa yang ustaz cerita dan setiap patah perkataan yang keluar dari ustaz,  tapi inshaAllah point-pointnya semua lebih kurang seperti diatas.

No comments:

Post a Comment